Meskipun operasi perniagaan di Australia sudah bangkit sepenuhnya selepas pandemik COVID-19 sebelum ini, negara itu masih dibelenggu isu kekurangan tenaga kerja.<br /><br />Namun, situasi itu dilihat membuka ruang bagi golongan warga emas untuk mengerah tenaga dengan bekerja di premis perniagaan demi meneruskan kehidupan.